Thursday, February 26, 2009

~~~

"kamu...
jgn demam yea..."

huu thanx for ur concerned.. =)

Monday, February 23, 2009

~hari yang berwarna warni~

sepanjang minggu ini stadium usm dipenuhi dengan warna warna yang sangat aku kenali..
warna merah,biru, kuning dan juga hijau...
ya... ia mengingatkan aku pada zaman persekolahan...
hari sukan...
hari yang pasti ku tunggu tunggu..
tidak akan kulepaskan peluang untuk menyertai acara acara kesukaan aku..
entah mengapa, aku sangat dekat dengan aktiviti sukan berbanding aktiviti beruniform..
tidak minat agaknya..
tapi pada hari tersebut, pasti aku dan rakan rakan berlumba lumba untuk menunjukkan kehebatan masing masing...
arghhh.. rindunya aku saat dan detik itu...
rindu untuk merebut gelaran olahragawati...
juga rindu untuk menjuarai rumah sukan masing2....
tidak kira menang atau kalah, persahabatan aku dan rakan rakan pasti terjalin lebih rapat..
bagiku, saat persekolahan adalah saat yang paling menggembirakan...
banyak kenangan manis aku kutip dan aku sematkan dalam hati ini...
rakan rakan, aku rindu kamu semua... =)

Tuesday, February 17, 2009

aku bukan shiapa shiapa...

bagimu aku bukan shiapa shiapa
hanya sekadar tempat persinggahan
kau datang dan pergi begitu saja
bagaikan aku boneka yang hanya dapat melihat tanpa tahan

bagimu aku bukan shiapa shiapa
hanya teman gelak tawa
engkau pergi bila sampai masa
tinggal aku terkesima

aku mahu jadi bunga
bunga bagi kamu
ntah bila
aku tidak tahu

Wednesday, February 11, 2009

~things we knew were true~



I see the moon,
The moon sees me,
The moon sees the one
That I want to see...

Sunday, February 8, 2009

~fiil yang hodoh~


malas
ngantuk
nk tdo
keje x siap
x mo pk

*itulah apa yang kurasakan sekarang
tolong!!!! esok aku ada perbincangan dan kerja2 perlu disiapkan ....
malas menguasai diriku!!!!! huh

Friday, February 6, 2009

~tuntung juga mempunyai teman~

cendol cendol cendol....
itulah seruan yang seringkali di laungkan oleh temanku, w.a.w.a.n.
hampir setiap petang atau ada saja waktu terluang, pasti kami menyerang...
mungkin itu sudah menjadi kebiasaan kami...
cendol tersebut betul betul memikat...
sekiranya terlewat, pasti kami mendapat jawapan yang menghampakan..
"cendol habis dik.."
arghhh... itulah jawapan yang aku dapat petang tadi...
akulah orng yang paling semangat nak 'pekena' cendol hari ini...tapi....
untuk mengubati kehampaan aku, aku pekena ayaq nyok..
huih.. lega...=)
ketika dalam perjalanan pulang, tiba tiba aku bersuara, "jom p tasik nak??"
aku suarakan kepada wawan...
wawan apa lagi... bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal...
terus bersetuju...
aku suka lepak di sana..
yea... melihat gelagat dan telatah orang yang pelbagai...
juga bermacam jenis haiwan yang boleh ditemui...
paling ketara adalah haiwan spesis biawak yang aku gelarkan sebagai YB..
merekalah yang berkuasa di tasik itu lagaknya...
dalam kekhayalan aku memberi makanan kepada ikan ikan di tasik, muncul 2 ekor tuntung...
ya ampun.. besarnya...
tapi kasihan, mereka tidak dapat melawan ketangkasan ikan ikan untuk merebut roti yang aku lemparkan...
ini menyedarkan aku, bersaiz besar tidak bererti kita hebat...
w/apapun, aku tetap membantu tuntung tersebut dan pasangannya agar mereka juga mendapat roti yang kubawa...

w.a.w.a.n. begitu risau tatkala aku mengambil foto ini...

takut aku dimakan tuntung tersebut agaknya... =p

Thursday, February 5, 2009

archiweek 2009 ~yeahh!!~

architecture week...
sebut sahaja pasal archiweek, pasti semua tersenyum...
kerna aku juga begitu.. =)
banyak yang aku peroleh dan aku kutip sepanjang tempoh itu..
aku, ya aku... bukan kamu...bertindak sebagai ketua program...
akulah orng yang paling sibuk selepas pengarah projek, Chan...
aku mula mengatur bermacam aktiviti untuk diselitkan sepanjang minggu itu...
sehingga rakan rakanku mula merungut kerna aku tidak punya masa untuk mereka...
katanya, "Da, bglah orng len yg wat keje tu..."
jawabku, "biarlah, orng len pun bz... Da x leh down, kalo Da down, sian Chan..."
minggu itu, aku lah bos..
kehadiran aku amatlah dikehendaki dan ketiadaan aku pasti dicari...
masih tengiang ngiang di kepalaku, "tanyalah Mem, aku ikut je" ucap Farid, rakanku..
aku sudah menjadi Mem kepada mereka...
tapi yang pasti, minggu itu menjadi kenangan manis buat Archiphilic300...
pujian diberikan kepada kami.. alhamdulillah...
itu kredit kepada usaha kami...
thanx rakan rakan...




kepuasan kami jelas terpancar =)
lets go for it!!!

yea... saat menghulurkan cenderahati kepada wakil guru sekolah yang mengikuti program kami


Wednesday, February 4, 2009

budak baru blajar

ya..
ini pertama kali aku mengetuk papan kekunci untuk meninggalkan tulisan ku disini...
fikiranku kos0ng..
apa yang ada hanyalah ingatanku kepada ibuku di rumah..
isnin lalu, aku mendapat berita bahawa tangan ibuku patah..
adus... aku benar benar tersentap..
katanya terjatuh semasa memotong pokok pokok bunganya di taman rumahku..
aku bimbang.. ya.. sebagai anak perempuannya, semestinya aku terfikir, siapa yang akan membantunya membuat kerja kerja rumah...
yang ada hanyalah adik adik aku yang masih kecil..
cuma tahu meminta dibelikan mainan.. adik... adik...
ibuku sudah tentu tidak mahu aku bimbang..
katanya cuma sedikit..
sempat lagi ibuku berpesan agar tumpukan perhatianku pada pelajaran..
itu sudah tanggungjawabku ibu...
akan ku laksanakannya sebaik mungkin..
kerna ini hanyalah untukmu ibu..




aku masih butuh suapanmu ibu