Wednesday, March 25, 2009

::proses kematangan::

sedar x dsedar, sudah 3 thn aku di sini.
berpijak di bumi Universiti Sains Malaysia.
masih ingat dimindaku.
saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi yg berilmu ini.
perasaan penuh bangga.
ya. sblm ini yang tidak pernah terlintas difikiranku.
aku galas dan ku bawa harapan ibubapaku bersama.
sepanjang berada di sini.
dapat ku rasakan aku semakin matang.
bisa membuat keputusan.
juga bisa membuka minda.
memikirkan sesuatu dengan lebih jauh.
aku mula sedar dan lebih menghargai sesuatu.
ayahku juga mula tersenyum melihat perubahanku.
katanya aku sedang menjalani proses kematangan.
mungkin benar.
...............................
dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
aku akan menamatkan ijazah pertamaku.
mungkin kalau ada rezeki aku akan teruskan ke ijazah kedua pula.
untuk itu, aku perlu menghadiri sesi temuduga.
ya, aku berdoa agar aku melepasi proses itu. InsyaAllah.
dalam kegembiraan untuk menamatkan ijazah pertama.
terselit juga rasa sedih.
aku sedar.
aku terpaksa berpisah dengan rakan2 yang lain.
masing2 akan mula dan melangkah ke kehidupan sebenar.
memang janji diikat.
memang janji disemat.
untuk terus saling berhubungan.
tapi kutahu.
pastinya semua akan berubah.
kami tidak akan seperti sekarang.
yang akan sentiasa bersama.
ketahuilah rakan rakan ku.
kalian amat bermakna.
tanpa kalian mungkin aku tidak seperti sekarang.
mungkin aku akan menjadi orang lain.
kalian banyak membantu aku dalam menjalani proses kematangan ini.
.................................
menjadi student HBP.
juga dikenali sebagai 'Hantu Balik Pagi'.
banyak mengukir kenangan terindah buatku.
kenangan yang ku kira tidak dapat di cari di tmpt lain.
di sinilah aku mula bertukar menjadi sesuatu.
aku harap aku benar2 telah menjadi sesuatu by d tyme aku grad nnt.
mungkin aku belum faham maksud sebenar architecture.
mungkin juga aku masih tercari2 apa itu architecture.
tp berada disini banyak membantu aku dan memberi aku idea sedikit sebanyak.
tentang apa itu architecture.
ku kira, walau ku belajar selama mana pun.
architecture itu tidak punya maksud yang specific.
dunia architecture ini terlalu luas.
terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menimba ilmu di sini.
......................................
s.t.u.d.i.o.
tempat yang paling best.
dari satu tahun ke satu tahun.
aku akan naik dr satu tangga ke satu tangga.
dan sekarang.
aku berada di tangga teratas.
studio architecture 300. archiphilic.
arghh...
pasti semua akan cemburu jika melihat cube aku.
bukan kerana dihias cantik.(semak lagi ada laa)
tapi dari sini.
aku dapat menikmati keindahan alam.
sungguh menenangkan.
Universiti Sains Malaysia.
satu2 nya universiti dalam pulau.
jadi dari sini.
aku dapat melihat keindahan laut yg mendamaikan.
juga keindahan lampu2 neon di jambatan pulau pinang ketika waktu malam.
bau laut yang dihirup selalu sudah melekat dijiwaku.
semua inilah yang tidak mahu aku tinggalkan.
pastinya rindu untuk berbicara.
kerana dengan keindahan inilah selalu aku berkongsi kisah suka dan duka.
terima kasih kerana setia mendengar luahan hati ku.
pada bulan, bintang, langit, laut, hujan.juga daun2 hijau yang kelihatan tenang.
kalian peneman setiaku.

No comments:

Post a Comment