Sunday, November 22, 2009

perubahan dalam perjalanan.

dari semasa ke semasa, pasti kita akan mengalami perubahan.
sama ada kita sedar atau tidak, pasti ada perubahan yang berlaku.
masih ingat lagi di kotak fikiranku.
dahulu ketika masih kecil, jika ada yang bertanya,
"nanti... dah besar nak jadi apa??"
huhu.. masa tu fikiran ku kosong..
konon2 jawab nak jadi cikgu la.. nak jadi polis la.. nak jadi doktor la..
macam 2. dulu, setiap kali isi borang kat sekolah, setiap tahun pasti isi di ruangan 'cita-cita' akan bertukar2.
jika diimbas kembali waktu itu kini, aku tersenyum sendirian.
.....(=.....
langsung tidak terfikir untuk menceburi bidang yang aku libati sekarang.
itu perubahan.
semakin banyak corak dan warna yang aku tempuhi di dalam perjalanan ini.
kadang, ada juga terfikir. perlukah ada perubahan?
tapi aku tetapkan dalam hati.
perubahan itu harus ada.
cuma bagaimana kita nak mengalami perubahan.
itu yang penting.
.............................
ingat x dulu, pasti kita ad buku biodata kan?
minta biodata kat kawan2 sekelas.
dalam tu, macam2 kene isi.
hobi,kenangan manis, kenangan pahit, makanan kegemaran,minuman kegemaran... ((=
hehe.dulu, hobi mesti sama. kumpul setem la, membaca la.
baru kusedar.waktu itu, dunia ku tidak luas seperti sekarang.
semakin banyak hari yang dilalui, semakin luas dunia dimataku.
perubahan demi perubahan dilalui sepanjang tempoh itu.
kini, jika ditanya hobi dimasa lapang.
aku tersenyum sendirian.
kerana semakin banyak perkara yang aku kenal dan aku suka.
kadang2 itu, jumpa perkara baru, yang lama perlahan2 dirtinggalkan.
tapi ada satu yang terus melekat di jiwaku.
membaca. tidak betah rasanya jika duduk sahaja tanpa berbuat apa2.
jadi lebih baik membaca.
.............................
sekarang.
banyak perkara yang bermain di mindaku.
tidak seperti dahulu lagi.
mungkin sudah sampai satu tahap dimana aku harus berfikiran dengan lebih matang.
kehidupan ini indah. terlalu sayang untuk dibazirkan begitu saja.
aku harus menjadi seseorang.
itu azamku.itu perjalananku.
...............................
manusia itu hanya mampu merancang.
kita hanya berusaha untuk menetapkan yang terbaik.
siapa tahu masa depan mungkin berubah.
itu semua kuasa-Nya.
hanya dia yang tahu perjalanan kita.
aku akan terus berharap dan berdoa.
moga perjalanan ku diberkati-Nya.
amin.
...............................

2 comments: