Monday, February 23, 2009

~hari yang berwarna warni~

sepanjang minggu ini stadium usm dipenuhi dengan warna warna yang sangat aku kenali..
warna merah,biru, kuning dan juga hijau...
ya... ia mengingatkan aku pada zaman persekolahan...
hari sukan...
hari yang pasti ku tunggu tunggu..
tidak akan kulepaskan peluang untuk menyertai acara acara kesukaan aku..
entah mengapa, aku sangat dekat dengan aktiviti sukan berbanding aktiviti beruniform..
tidak minat agaknya..
tapi pada hari tersebut, pasti aku dan rakan rakan berlumba lumba untuk menunjukkan kehebatan masing masing...
arghhh.. rindunya aku saat dan detik itu...
rindu untuk merebut gelaran olahragawati...
juga rindu untuk menjuarai rumah sukan masing2....
tidak kira menang atau kalah, persahabatan aku dan rakan rakan pasti terjalin lebih rapat..
bagiku, saat persekolahan adalah saat yang paling menggembirakan...
banyak kenangan manis aku kutip dan aku sematkan dalam hati ini...
rakan rakan, aku rindu kamu semua... =)

No comments:

Post a Comment